BASIC COOKERY

Basic Cookery direkabentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran asas dalam bidang kulinari. Melalui kursus ini, pelajar akan mempelajari kemahiran teknik potongan, kaedah masakan seperti dry-heat dan moist-heat, penyediaan stok dan sos serta pelbagai kemahiran lain yang di perlukan bagi melahirkan pelajar berkemahiran yang selari dengan kehendak industri.

FOOD COSTING FOR RECIPE DEVELOPMENT

Food Costing for Recipe Development direkabentuk bagi membantu pelajar memahami dan mengaplikasi matematik dalam bidang kulinari dan pengurusan perkhidmatan makanan dengan betul dan tepat, sekaligus memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri.