SLP 10053 - PEMBINAAN LANDSKAP

Kursus Pembinaan Landskap ini direkabentuk bagi memperkenalkan dan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pembinaan landskap serta memberi kemahiran kepada pelajar mengenai asas kerja-kerja pembinaan landskap. Ianya merangkumi kerja binaan kayu, kerja bata dan konkrit. Pelajar akan mampu mengendalikan kerjakerja di tapak projek dan memenuhi kehendak pekerja separuh mahir.

LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai komponen dan proses menghasilkan pelan kajian tapak. Kursus ini juga memberi kemahiran tentang kaedah membuat kajian tapak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Studio Asas Landskap akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar dalam menghasilkan pelan kajian tapak. 

Projek Landskap

Projek Landskap memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan satu projek berskala kecil yang berkaitan dengan landskap. Penekanan kursus ini adalah untuk memberi kemahiran dalam tatacara melaksanakan projek berkaitan landskap. Kursus ini merangkumi aspek persediaan perancangan projek, perlaksanaan projek landskap dan laporan projek bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan tatacara perancangan sesebuah projek, penyediaan kertas projek, anggaran kos (bill of quantities and specifications), lawatan tapak, aktiviti pembinaan projek mengikut jadual dan penyerahan tapak kepada pelanggan.  Kursus ini ditawarkan pada semester 3 sebelum pelajar mengikuti latihan industri bagi membina keyakinan dan kemahiran dalam melaksanakan projek di tapak sebenar.