SPP 20243 ASAS KOMUNIKASI PERNIAGAAN

Asas Komunikasi Perniagaan direkabentuk bagi membolehkan pelajar memahami dan mengamalkan prinsip komunikasi secara verbal dan bukan verbal yang berkesan dalam dunia perniagaan. Kursus ini turut membincangkan tren teknologi komunikasi yang semakin pesat dalam mencapai matlamat perniagaan.

SPP20213 PRINSIP PERAKAUNAN

Kursus Prinsip Perakaunan ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan dan kefahaman prinsip dan konsep perakaunan   bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Kursus ini merangkumi perekodan dan pelaporan transaksi perniagaan. Pelajar dapat menyediakan imbangan duga dan penyata kewangan mengikut piawaian perakaunan semasa.

PRINSIP PEMASARAN

Prinsip Pemasaran memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip asas pemasaran. Kursus ini menekankan kefahaman berkenaan persekitaran pemasaran, gelagat pengguna dan campuran pemasaran yang merupakan asas kepada pengoperasian sesuatu perniagaan.

SPP30303 STATISTIK