PERANTI SEMIKONDUKTOR

Peranti Semikonduktor memberi kefahaman mengenai prinsip semikonduktor dan pengetahuan mengenai komponen elektronik berkaitan. Penekanan adalah berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen semikonduktor untuk kegunaan litar yang bersesuaian melalui pemasangan litar secara kaedah pematerian. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pembentangan hasil keputusan pengujian litar elektronik.

SEE10013 - TEKNOLOGI ELEKTRIK

Teknologi Elektrik adalah sebuah kursus yang memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami konsep teknologi elektrik yang bermula dari asas penghasilan tenaga. Pelbagai konsep asas Kejuruteraan Elektrik seperti pengenalan elektromagnetik, pengubah, komponen pasif dan litar-litar asas elektrik akan diterangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Melalui kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemagnetan dan pengubah.