Kursus MAKEUP ARTISTRY direka bentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas solekan mengikut kaedah yang bersesuaian berdasarkan struktur dan jenis kulit muka. Selain itu pelajar juga akan didedahkan dengan jenis – jenis solekan yang diaplikasikan dalam industri solekan terkini. Seterusnya kursus ini membolehkan pelajar mempamerkan hasil solekan yang bersesuaian mengikut tema yang diberikan menggunakan teknik solekan yang dipelajari. Dalam masa yang sama pelajar juga akan mengamalkan etika professional seorang juruterapi kecantikan dan spa yang berkesan dalam melaksanakan prosedur kerja solekan.
- Teacher: AMALINA BINTI ABDUL HAMID .
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Swedish Massage memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai Swedish Massage melalui teknik 5 classical movement. Kursus ini membolehkan pelajar melaksanakan urutan berdasarkan etika professional seorang juruterapi kecantikan dan spa dalam melaksanakan prosedur kerja mengikut industri masa kini.
- Teacher: ROHAIDA HANI BINTI SABAREM .
- Teacher: AMIRAH BINTI YAHYA (KKKM)
- Enrolled students: 1
SPA CONCEPT memberi penekanan kepada pelajar agar lebih memahami jenis – jenis operasi perkhidmatan spa. Selain itu juga , pelajar akan didedahkan dengan asas keusahawanan bagi penubuhan sesebuah spa. Di akhir kursus ini , pelajar akan dapat :
- Mengklasifikasikan
jenis – jenis perkhidmatan spa secara terperinci dalam operasi perkhidmatan spa
(C2 , HPP 1)
- Mengamalkan asas
keusahawanan dalam model perniagaan perkhidmatan spa (A2, HPP 7)
- Membentangkan bahan
promosi atas talian secara berkumpulan (A2 , HPP 6)
- Enrolled students: 14
Kursus WAXING direka bentuk bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai hot waxing dan warm waxing supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran tersebut bagi memenuhi kehendak pelanggan. Ianya merangkumi pengenalan kepada bahan, peralatan, prosedur langkah kerja serta etika kebersihan dan keselamatan untuk menjadi seorang juruterapi kecantikan dan spa.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
CLO 1:menjelaskan pengetahuan asas dalam rawatan waxing.
CLO 2:memulakan sesi konsultasi waxing menggunakan aplikasi digital.
CLO 3:menghasilkan semula rawatan waxing mengikut kesesuaian bahagian badan.
- Teacher: NOORAZIANA BINTI ANUA .
- Enrolled students: 5
Advance Makeup menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai jenis – jenis solekan seperti Face Art dan Solekan Kesan Khas. Ia juga membolehkan pelajar mempamerkan hasil Solekan Kesan Khas yang bersesuaian mengikut tema yang diberikan. Ini seterusnya membolehkan pelajar menggunakan teknik solekan berdasarkan kehendak industri yang merangkumi etika professional seorang juruterapi dalam melaksanakan prosedur kerja yang berkesan.
- Teacher: AMALINA BINTI ABDUL HAMID .
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
- Teacher: NOORAZIANA BINTI ANUA .
- Enrolled students: 12
Kursus ANATOMY AND PHYSIOLOGY direkabentuk bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar tentang sistem organ, struktur dan fungsi dalam tubuh manusia. Ia mengupas mengenai sistem tubuh utama dan hubungannya dengan kesihatan kulit, otot, serta kesejahteraan keseluruhan. Pengetahuan ini penting untuk kefahaman pelajar dalam memberikan rawatan berkaitan kecantikan dan spa yang berkesan dan berkualiti kepada pelanggan.
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
CLO 1: mengenal pasti asas anatomy and physiology dalam tubuh.
CLO 2: mengaitkan pengetahuan anatomy and physiology dalam setiap rawatan berkaitan.
CLO 3: membincangkan persediaan diri juruterapi kecantikan dan spa sebelum melakukan rawatan berkaitan anatomy and physiology.
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
- UJIAN TEORI (20%)
- PEMBENTANGAN (20%)
- TUGASAN 1 (15%)
- TUGASAN 2 (15%)
PENTAKSIRAN AKHIR
- PEPERIKSAAN AKHIR (30%)
- Teacher: ROHAIDA HANI BINTI SABAREM .
- Enrolled students: 16





