SAU20082 - SISTEM PACUAN AKHIR

Kursus Sistem Pacuan Akhir direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem pacuan akhir dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja penyelenggaraan drive shaft, propeller shaft serta merombak rawat gandar belakang (rear axle).

SAU 20093 SISTEM TRANSMISI MANUAL
Kursus Sistem Transmisi Manual direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem transmisi manual dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menyelenggara sistem klac transmisi manual pacuan hadapan dan pacuan belakang.
SAU 20062 : SISTEM ELEKTRIK KENDERAAN

Kursus Sistem Elektrik ini direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem elektrik automotif dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatihkan melakukan kerja penyelenggaraan bateri kenderaan dan pendawaian elektrik kenderaan.