SOP 10123 - HOTEL RECREATION

Sijil Operasi Perhotelan memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perhotelan yang merupakan salah satu cabang penting dalam industri hospitaliti kerana bidang ini menyumbang kepada pengoperasian perkhidmatan kepada pelanggan hotel. Bagi memastikan kualti perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti, pekerja diberikan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan pelanggan. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran personal dan interpsersonal yang meliputi kedua-dua aspek teori dan kemahiran amali. Pelajar terdedah kepada kemahiran pelbagai disiplin serta teknologi yang digunakan seperti pengenalan kepada industri hospitaliti, kemahiran berkomunikasi, kemahiran praktikal pengoperasian di jabatan perhotelan dan pengetahuan asas tentang penyediaan makanan. Sijil Operasi Perhotelan adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester perkuliahan dengan satu semester penuh latihan industri. Pelajar bersedia untuk memainkan peranan mereka dengan membina asas kukuh dalam pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pelbagai bidang dalam industri Perhotela