SBC 10012 - APLIKASI KOMPUTER (UNT)

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugas-tugas kehidupan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang tentu bagi membina asas penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) :

Di akhir kursus ini , pelajar akan dapat :

HPK 1

Menunjukkan kebolehan menggunakan perisian aplikasi komputer bagi menghasilkan dokumen dalam melaksanakan dokumentasi harian. (C1, CLS 3c)

HPK 2

Menerangkan cara penggunaan perisian aplikasi komputer untuk memproses dan menggunakan maklumat dalam melaksanakan tugas-tugas kehidupan harian. (C2, CLS 4)

HPK 3

Mempamerkan kemahiran menggunakan perisian aplikasi komputer dalam melaksanakan dokumentasi harian.

(P2, CLS 3c)


SBM 10012 MATEMATIK
Di akhir pembelajaran ini; pelajar akan dapat menguasai asas bagi topik berikut:
  1. Bab 1: Kuantiti & Unit Asas
  2. Bab 2: Pengukuran
  3. Bab 3: Persamaan Linear
  4. Bab 4: Persamaan Algebra