SERVIS ASAS KENDERAAN

Kursus Servis Asas Kenderaan direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai servis asas kenderaan dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja dengan menukar minyak pelincir, minyak transmisi manual, minyak transmisi automatik, menservis palam pencucuh dan penapis udara

SAU10053 -SISTEM BREK

Kursus Sistem Brek direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem brek dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menservis silinder induk, servo, brek cakera, brek dram, brek parkir dan antilock braking system (ABS).

SAU 10032-SELENGGARA RODA

Kursus Selenggara Roda direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai penyelenggaraan roda dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menukar tayar, menampal tayar, imbangan roda dan penjajaran roda.

SPU 10052 - KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) direkabentuk untuk memberi pemahaman mengenai konsep dan peruntukan peraturan di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA). Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar berkenaan tanggungjawab pekerja dalam melaksanakan dan mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja serta memberi kesedaran berkenaan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit serta tanggungjawab dan kesalahan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pemahaman mengenai isu-isu utama dalam Pengurusan OSH, Pencegahan Insiden, Keselamatan Kebakaran, Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), Persekitaran Tempat Kerja dan Ergonomi.