MPU13052 PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


SUE10031 COMMUNICATIVE ENGLISH
MPU13042 PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM disediakan untuk melahirkan pelajar yang memahami tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Selain itu, kursus ini membincangkan tentang konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi kekeluargaan Islam dan cabaran semasa.

MPU02052 ASAS KOMUNIKASI

ASAS KOMUNIKASI disediakan untuk pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran bagi mempraktikkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dalam pelbagai situasi, turut didedahkan cara pengumpulan dan penyebaran maklumat. Kursus ini bertujuan melahirkan graduan yang mampu mempertingkatkan komunikasi interpesonal secara berkesan.

MPU11022 PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA memperkenalkan kepada pelajar tentang sejarah negara, sistem politik, pembinaan negara bangsa dan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul.

MPU12012 KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi inidapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.

SBC 10022_APLIKASI KOMPUTER

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugas-tugas kehidupan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang tentu bagi membina asas penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian. 

  • Enrolled students: 17