STATISTIK

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap konsep dan terma-terma berkaitan statistik. Tajuk-tajuk yang dipelajari ialah pengenalan kepada statistik, cara membina taburan kekerapan, ukuran kecenderungan memusat dan ukuran penyebaran. Secara keseluruhannya pelajar akan didedahkan tentang penggunaan serta fungsi statistik dalam perniagaan.