STUDIO ASAS LANDSKAP

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai komponen dan proses menghasilkan pelan kajian tapak. Kursus ini juga memberi kemahiran tentang kaedah membuat kajian tapak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Studio Asas Landskap akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar dalam menghasilkan pelan kajian tapak.

LUKISAN GRAFIK LANDSKAP
TUMBUHAN DALAM REKA BENTUK LANDSKAP

SINOPSIS 

Kursus Tumbuhan Dalam Rekabentuk Landskap ini direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada tumbuhan landskap dan dapat meningkatkan kebolehan pelajar memahami dan berupaya mengecam tumbuhan landskap untuk digunakan di dalam rekabentuk landskap. Di dalam kursus ini pelajar perlu mengenal pasti dan mengecam jenis tumbuhan landskap dari aspek karekteristik (tekstur, silara, bentuk dan warna), sistem tatanama binomial, asas bahagian-bahagian tumbuhan landskap , fungsi tumbuhan dari aspek pemilihan tumbuhan untuk rekabentuk landskap yang merangkumi aspek nilai estetik, alam sekitar, kesihatan dan senibina landskap serta aplikasinya di dalam rekabentuk landskap.