TEKNOLOGI HIJAU AUTOMOTIF

Kursus Teknologi Hijau Automotif direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai Teknologi Hijau dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan Teknologi Hijau Kenderaan Hibrid dan Elektrik. Pelajar akan mempelajari tiga topik utama melalui modul ini iaitu Sistem Bahan Api Alternatif Kenderaan, Sistem Kenderaan Hybrid dan Sistem Kenderaan Elektrik. Modul ini dapat mendedahkan kepada para pelajar terhadap kepentingan menjaga persekitaran yang sihat serta memelihara alam sekitar daripada pencemaran berpunca dari bahan buangan sisa perindustrian khususnya di bidang Automotif.  

SAU 30163  : ROMBAK RAWAT ENJIN

Kursus Rombak Rawat Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai rombak rawat enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan merombak rawat unit pemasaan enjin, kepala silinder dan bongkah silinder

SAU 30132 - SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN

Kursus Sistem Penyamanan Udara Kenderaan direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem penyamanan udara kenderaan dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan menyelenggara sistem penyamanan udara kenderaan dengan mengamalkan kemahiran mengurus dan keusahawanan.

SAU 30153 : SISTEM PENGURUSAN ENJIN

Kursus Sistem Pengurusan Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem pengurusan enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan menyelenggara sistem bahan api petrol, diesel, sistem suntikan bahan api dan unit pendesak enjin.