SLP 20103 IMPLEMENTASI LANDSKAP SESI 1 - 2024/2025

Kursus Implementasi Landskap ini direka bentuk bagi memperkenalkan dan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai implementasi landskap serta memberi kemahiran kepada pelajar mengenai asas kerja-kerja implementasi landskap. Ianya merangkumi penyediaan tapak bina, implementasi landskap lembut dan implementasi landskap kejur. Pelajar akan mampu mengendalikan kerja-kerja di tapak projek dan memenuhi kehendak pekerja separuh mahir.

SLP 30134 PROJEK LANDSKAP SESI 1-2024/2025

Projek Landskap memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan satu projek berskala kecil yang berkaitan dengan landskap. Penekanan kursus ini adalah untuk memberi kemahiran dalam tatacara melaksanakan projek berkaitan landskap. Kursus ini merangkumi aspek persediaan perancangan projek, perlaksanaan projek landskap dan laporan projek bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan tatacara perancangan sesebuah projek, penyediaan kertas projek, anggaran kos (bill of quantities and specifications), lawatan tapak, aktiviti pembinaan projek mengikut jadual dan penyerahan tapak kepada pelanggan. Kursus ini ditawarkan pada semester 3 sebelum pelajar mengikuti latihan industri bagi membina keyakinan dan kemahiran dalam melaksanakan projek di tapak sebenar.

SLP30113 LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER SESI 1 2024 2025

Lukisan Kerja Berbantu Komputer memberi pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan perisian rekabentuk terbantu komputer dalam menghasilkan lukisan binaan dalam senibina landskap. Modul ini merangkumi penggunaan perintah dalam perisian Lukisan Kerja Berbantu Komputer  dalam menghasilkan lukisan binaan dan Lukisan Seperti Dibina, mencetak dan sekaligus dapat menghasilkan portfolio yang lengkap.