PENYEDIAAN ASAS PENYAMANAN UDARA - SPU 10013

Kursus Penyediaan Asas Penyamanan Udara ini direkabentuk untuk melatih pelajar kepada latihan asas kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini, pelajar akan dilatih dengan pelbagai teknik asas yang penting. Kursus ini ditawarkan bagi membina asas kukuh dalam kerja perpaipan, kimpalan dan kerja pendawaian elektrik yang membolehkan pelajar mempraktikkannya dalam modul yang melibatkan pemasangan dan penyelenggaraan dalam bidang yang berkaitan.

SPU 20073 PENYEJUKAN DOMESTIK - SESI 1 2024/2025

SPU 20073 PENYEJUKAN DOMESTIK - SESI 1 2024/2025

Kursus Penyejukan domestik ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kerja penyelenggaraan pada unit penyejukan domestik bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan teknik dan konsep penyelenggaraan dalam bidang ini.


SPU 20083 PENYAMANAN UDARA KENDERAAN SESI 1-2024/2025

Kursus Penyamanan Udara Kenderaan ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kerja penyelenggaraan unit penyamanan udara kenderaan. Ia merangkumi kemahiran asas dalam bidang ini iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya, melibatkan teknik kerja mengesan kerosakan berkaitan komponen elektrikal & mekanikal,membaikpulih komponen elektrikal & mekanikal, pendedahan tentang etika keselamatan, penampilan diri dan sanitasi ketika di bengkel. Penyelenggaraan ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar dalam bidang ini.

SPU10023 PEMASANGAN PENYAMANAN UDARA
SPU 20093 LUKISAN KEJURUTERAAN SESI 1-2024/2025

Kursus Lukisan Kejuruteraan direkabentuk bagi mendedahkan kepada pelajar asas lukisan teknikal  dan pengaplikasian perisian Computer Aided Design (CAD). Di dalam lukisan teknikal, pelajar di  tekankan secara praktikal mengenai pengetahuan berkenaan dengan instrumen lukisan manakala  bagi teknik melukis menggunakan CAD pula pelajar akan belajar menavigasi dan menggunakan perisian untuk membuat reka bentuk lukisan 2D dalam bidang kejuruteraan secara umumnya di  tambah dengan sedikit pengkhususan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. Di akhir  pembelajaran, pelajar akan dapat menunjukkan kecekapan dalam menggunakan beberapa ciri  teknikal dalam melukis dengan mematuhi standard yang di tetapkan dan mengaplikasi CAD untuk  membuat dan memanipulasi objek atau elemen di lukisan kejuruteraan. Selain dari itu pelajar dapat  mengenalpasti unsur – unsur atau elemen penyejukan dan penyemanan udara dalam menyediakan  lukisan kejuruteraan.


  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
SPU10043 TEKNOLOGI WORKSHOP

Teknologi Woksyop ini direkabentuk untuk melatih pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan keselamatan bengkel, pengukuran dan penandaan, alatan tangan, mesin gerudi dan kerja menggerudi, mesin pencanai dan kerja menggegas.