PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Kursus Pembangunan Perniagaan bertujuan memberi bimbingan untuk mengenal pasti matlamat perniagaan dan persediaan menjadi usahawan. Pelajar mempelajari panduan tatacara pendaftaran perniagaan dan perlindungan hak milik produk sebelum melaksanakan perniagaan sebenar. Pelajar diberikan pendedahan menyediakan model perniagaan untuk dijadikan panduan gambaran perniagaan yang akan dilaksanakan.