TUMBUHAN DALAM REKA BENTUK LANDSKAP

Kursus TUMBUHAN DALAM REKA BENTUK LANDSKAP direka bentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada pelbagai jenis tumbuhan landskap serta meningkatkan keupayaan mereka dalam mengenal pasti dan mengecam tumbuhan yang sesuai digunakan dalam reka bentuk landskap. Kursus ini merangkumi pengenalan kepada jenis tumbuhan landskap berdasarkan karekteristik seperti tekstur, silara, bentuk, dan warna. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada sistem tatanama binomial serta asas bahagian-bahagian tumbuhan landskap. Kursus ini turut menekankan fungsi tumbuhan dalam reka bentuk landskap, termasuk aspek nilai estetik, alam sekitar, kesihatan, dan seni bina landskap. Di samping itu, pelajar akan mempelajari aplikasi pemilihan dan penggunaan tumbuhan dalam reka bentuk landskap bagi memastikan kesesuaian dengan keperluan ruang dan persekitaran. Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh pemahaman menyeluruh serta kemahiran dalam mengenal pasti dan menerapkan tumbuhan landskap secara efektif.