SKU10243 THEORY OF FOOD

Program ini direka dengan matlamat untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja terkini dalam industri. Pelajar akan mendapat pengalaman dalam menyediakan dan menghasilkan pelbagai produk makanan yang asas dan juga terkini dalam industri makanan. Pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran untuk merancang, melaksana, dan menguruskan projek yang diberikan di sepanjang proses pembelajaran. Kursus yang ditawarkan dalam program ini termasuk Theory of Food, Foodservice Sanitation, Basic Western Cookery, Malaysian Cuisine, Basic Butchery, Garde Manger, Bakery and Pastry, serta kursus-kursus kemahiran lain yang sesuai dengan tahap sijil. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada kursus wajib yang membantu memperkukuhkan kemahiran insaniah dan pembelajaran diri melalui tugasan dan projek. Lulusan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar dalam industri kulinari

SKU10263 BASIC WESTERN COOKERY

Basic western cookery direkabentuk untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran asas dalam bidang kulinari. Melalui kursus ini, pelajar akan mempelajari kemahiran teknik potongan, kaedah masakan seperti dry-heat dan moist-heat, penyediaan stok dan sos serta pelbagai kemahiran lain yang diperlukan bagi melahirkan pelajar berkemahiran yang selari dengan kehendak industri.

SKU10273 BASIC BUTCHERY

BASIC BUTCHERY memperkenalkan kepada pelajar tentang peralatan, perkakas, teknik serta langkah kerja dalam melaksanakan proses
fabrikasi bagi meat, poultry, fish and seafood. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada amalan keselamatan, kebersihan dan sanitasi dalam melaksanakan basic butchery bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dalam asas fabrikasi selari dengan kehendak industri

SKU20282 FUNDAMENTALS OF KITCHEN OPERATION

Fundamentals of Kitchen Operation memperkenalkan pemahaman secara teori berkenaan konsep operasi dapur kepada pelajar. Setiap aspek dalam pengurusan operasi dapur dijelaskan bermula dari pengenalan kepada katering dan industri, sejarah moden dan klasik, menu operasi dapur moden dan deskripsi tugas serta jenis-jenis susun atur dapur. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar akan bersedia memilih sektor perkhidmatan makanan sebagai kerjaya, selaras dengan keperluan dan permintaan industri.

SKU20313 GARDE MANGER I 20262027

Garde Manger menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan di dalam cold kitchen. Keseluruhan intipati pengajaran terdiri daripada asas penyediaan dan persembahan dalam hidangan yang merangkumi Salad & Salad Dressing, Sandwiches, Hors dόeuvre & Canapes, Forcemeat dan Fruit & Vegetable Carving. Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan senario kerja sebenar bagi memupuk minat pelajar dalam bidang Garde Manger.

SKU20323 HAWKERS AND STREET FOOD

Hawkers and Street Food mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran menghasilkan hidangan berdasarkan pelbagai bahan utama, teknik penyediaan dan kaedah memasak. Selain itu, pelajar dilatih untuk mempraktikkan etika kerja dan amalan kebersihan serta keselamatan yang baik di dalam menyediakan Hawkers and Street Food berdasarkan keperluan industri masa kini.

  • Enrolled students: 48
SKU30332 FOOD COSTING FOR RECIPE DEVELOPMENT

Food Costing for Recipe Development direka bentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pengiraan matematik dalam  bidang  kulinari  dan  pengurusan  perkhidmatan  makanan.  Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran numerasi dalam aktiviti menyukat dan menimbang bahan, mengubah suai resipi standard, serta menentukan kos makanan dan harga jualan, bagi memenuhi keperluan kerja yang selaras dengan permintaan industri.

  • Enrolled students: 34
SKU30373 ASIAN CUISINE

Asian Cuisine mendedahkan para pelajar dengan sejarah, kaedah memasak dan komponen atau ramuan unik yang digunakan di dalam masakan negara Asia. Pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dari EMPAT (4) negara Asia iaitu Jepun, Korea, Indonesia dan Thailand.

  • Enrolled students: 36