Sijil Operasi Perhotelan memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perhotelan yang merupakan salah satu cabang penting dalam industri hospitaliti kerana bidang ini menyumbang kepada pengoperasian perkhidmatan kepada pelanggan hotel. Bagi memastikan kualti perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti, pekerja diberikan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan pelanggan. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran personal dan interpsersonal yang meliputi kedua-dua aspek teori dan kemahiran amali. Pelajar terdedah kepada kemahiran pelbagai disiplin serta teknologi yang digunakan seperti pengenalan kepada industri hospitaliti, kemahiran berkomunikasi, kemahiran praktikal pengoperasian di jabatan perhotelan dan pengetahuan asas tentang penyediaan makanan. Sijil Operasi Perhotelan adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester perkuliahan dengan satu semester penuh latihan industri. Pelajar bersedia untuk memainkan peranan mereka dengan membina asas kukuh dalam pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pelbagai bidang dalam industri Perhotela
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
- Teacher: NAZUHA BINTI MOHD ZAHARI KKBBM
- Enrolled students: 24
Kursus Front Office Operation mendedahkan pelajar kepada pemahaman tentang konsep asas seperti struktur dan
peranan Jabatan Front Office dalam operasi sesebuah hotel untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik. Dalam kursus ini,
pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menjaga penampilan diri dan kemahiran sebagai personel front office. Pelajar
juga memperoleh kemahiran penggunaan Property Management System (PMS) dan pengurusan panggilan telefon yang
dipraktis di Jabatan Front Office . Kursus ini menekankan proses kerja berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi
proses daftar masuk dan daftar keluar bilik tetamu mengikut amalan industri.
- Teacher: NURAZLINA BT MOHD RAZALI -
- Enrolled students: 24
Kursus Digital Entrepreneurship for Service Industry direka bentuk bagi membangunkan kreativiti dalam menjalankanperniagaan digital. Kursus ini juga mendedahkan pelajar tentang cara menjalankan perniagaan menggunakan platformpemasaran dalam talian seperti pemasaran media sosial, laman web, pemasaran mudah alih dan pemasaran e-mel. Selain itu, iamemberi penekanan kepada pembangunan e-perniagaan melalui platform e-dagang untuk mencapai pasaran yang lebih luas.Melalui kefahaman terhadap asas keusahawanan digital, pelajar dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, merancangstrategi pemasaran secara digital dan mengurus operasi perniagaan dengan berkesan.
- Teacher: NAZUHA BINTI MOHD ZAHARI KKBBM
- Enrolled students: 24
Barista Service ini mendedahkan pelajar tentang standard operation procedure bagi penyediaan minuman panas iaitu Coffee dan Tea. Melalui kursus ini juga, pelajar akan didedahkan asas bagi sejarah minuman, jenis minuman, prosedur penyediaan minuman, pengenalan peralatan, penyajian minuman dan langkah keselamatan. Selain itu, pelajar juga akan dilatih dengan cara menyajikan minuman panas kepada pelanggan dengan mempraktikkan cara komunikasi yang efektif
- Teacher: KHAIROL HAKKEKY BIN HASHIM K
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
- Teacher: Salfarina binti Abdul Sukor -
- Enrolled students: 5
Kursus Basic Accounting direka bentuk untuk memberikan kefahaman berkaitan konsep dan prinsip asas perakaunandalam merekod transaksi perniagaan berdasarkan situasi dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Melalui kursusini juga pelajar dapat mempelajari pengurusan dokumen sumber, merekod jurnal, merekod lejar berdasarkan teknikcatatan bergu, menyediakan imbangan duga sekaligus mentafsir data dalam penyata kewangan perniagaan.Kursus ini dapat memantapkan pengetahuan serta kemahiran numerasi pelajar melalui pendekatan pembelajaraninteraktif dan tutorial sepanjang tempoh pengajian.
- Enrolled students: 5








