SEE10113 LITAR ELEKTRIK

Litar Elektrik adalah sebuah kursus yang memperkenalkan pelajar kepada prinsip yang berkaitan dengan litar arus terus. Ia merangkumi konsep asas, teorem dan teknik asas litar dalam teknologi elektrik. Pelbagai konsep asas kejuruteraan elektrik seperti komponen pasif dan elektromagnetik akan diterangkan secara terperinci di dalam kursus ini.

  • Enrolled students: 45
SEE10123 ALAT PENGUKURAN

Kursus Alat Pengukuran direka untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas pengukuran elektrik dan elektronik. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran yang membolehkan pelajar mengendalikan pelbagai alat pengukuran dan mengukur kuantiti elektrik dan elektronik dengan tepat.

SEE10143  PERANTI SEMIKONDUKTOR

Peranti Semikonduktor memberi kefahaman mengenai prinsip semikonduktor dan pengetahuan mengenai komponen elektronik berkaitan. Penekanan adalah berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen semikonduktor untuk kegunaan litar yang bersesuaian melalui pemasangan litar secara kaedah pematerian. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pembentangan hasil keputusan pengujian litar elektronik.

  • Enrolled students: 43
SEE20132 MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

SINOPSIS:

Motor Elektrik Satu Fasa memberi pemahaman kepada pelajar mengenai bahagian dan prinsip kendalian motor elektrik satu fasa. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan itar-litar pemula motor dan kerja penyelenggaraan serta baikpulih yang berkaitan.

SEE20153 SISTEM DIGIT

  • Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang asas sistem nombor dan sistem kod, dapatkan lojik dan rangkaian logik dan aritmetik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada aplikasi penggunaan litar logik dalam aplikasi sistem digital mudah.
SEE20162 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

Lukisan Terbantu Komputer/ Computer Aided Design (CAD) memberi pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek secara 2 dimensi (2D). Penekanan kursus adalah kepada arahan-arahan melukis dan suntingan (Draw and Editing Commands), serta pemilihan dan pengurusan maklumat dalam sesuatu lukisan elektrik.

SEW20073 PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA
SEE30173 MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

Kursus Motor Elektrik Tiga Fasa memberi penekanan kepada pengendalian serta bahagian-bahagian penting motor tiga fasa. Di samping itu juga kursus ini berkaitan dengan kaedah pemasangan, kawalan, penyelenggaraan dan kaedah baik pulih motor elektrik tiga fasa.

SEE30093 SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Kursus ini memberi pengetahuan asas mengenai sistem automasi bangunan yang merujuk kepada penciptaan berpusat, sistem rangkaian perkakasan dan perisian yang memantau dan mengawal sistem kemudahan bangunan. Kursus ini dilaksanakan secara praktikal di mana melaksanakan pemasangan dan pengaturcaraan aplikasi kawalan sistem automasi bangunan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini di industri.