SMP 30113 PEMBANGUNAN PRODUK PENGIKLANAN

Pembangunan Produk Pengiklanan memfokuskan kepada media yang digunakan dalam aktiviti promosi seperti Point of Purchase (P.O.P) dan Retail Signage. Pelajar juga didedahkan penggunaan alatan, pengurusan bengkel dan amalan keselamatan di dalam bengkel pengiklanan. Pelajar akan didedahkan kepada prosedur-prosedur, cara kerja yang sesuai dalam pengurusan dan pengendalian mesin-mesin dan peralatan-peralatan di dalam bengkel. Pada akhir kursus ini, pelajar dikehendaki mereka bentuk satu P.O.P atau Retail Signage untuk mempromosikan sesuatu produk, kempen atau perkhidmatan.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) / COURSE LEARNING OUTCOME (CLO): 

CLO1 : menunjukkan media pengiklanan Indoor dan Outdoor (C3 , PLO 1)

 CLO2 : melakar perkembangan idea media pengiklanan Indoor dan Outdoor ( P4 , PLO 3)

 CLO3 : membina produk pengiklanan yang bersesuaian bagi mempromosi produk / perkhidmatan / kempen ( P4 , PLO 3)