SMP 20153 IDEA NARATIF

Kursus ini dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah penghasilan idea, penilaian idea dan persembahan idea (idea pitching) dalam menghasilkan idea berkaitan dengan media kreatif. Pelajar akan mempelajari teknik penghasilan idea melalui kajian, peta minda, brainstorming dan lain-lain. Seterusnya pelajar akan menilai idea tersebut melalui beberapa kaedah dan mempersembahkan idea mereka melalui teknik pitching. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan teknik penceritaan dalam reka bentuk dan media.


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO):

Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

HPK1

Menerangkan definasi idea dan teknik-teknik penghasilan idea. [C2][HPP 1]

HPK2

Membangunkan idea melalui teknik pemikiran kreatif dan kritis.

[P3][HPP 2]

HPK3

Membentangkan idea pitching bagi produk pengiklanan. [A2][HPP 3]