SMP30093 MOTION GRAFIK

Kursus Motion Graphic ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi dan mengintegrasikannya secara lancar dalam persekitaran digital dan menyediakan akses kepada maklumat yang disimpan. Pelajar boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan media, mengawal apa yang hendak didengar, apa yang hendak dilihat dan mencipta media sendiri. Pelajar akan mempelajari teknik asas untuk menghasilkan video motion graphic dengan menggunakan perisian yang sesuai. Di akhir kursus ini, pelajar akan berpeluang untuk menghasilkan sebuah video motion graphic.