SMP30104 PENGIKLANAN KREATIF

Kursus SMP 30104 Pengiklanan Kreatif ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan penghasilan proposal (kertas kerja) kempen pengiklanan sama ada produk/perkhidmatan/kempen. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh ini dapat membantu pelajar mendapatkan konsep dan mengolahnya menjadi rekabentuk iklan yang pelbagai seperti poster, bunting, banner dan sebagainya. Selain itu, kemahiran menghasilkan pengiklanan kreatif juga dapat membantu pelajar menceburi bidang pengiklanan setelah menamatkan bidang pengajian.


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO):

HPK1

Memilih jenis produk / perkhidmatan / kempen bagi rekabentuk pengiklanan (kertas kerja) [C3][HPP 1]

HPK2

Melakar perkembangan idea reka bentuk pengiklanan berdasarkan jenis produk / perkhidmatan / kempen yang dipilih [P4][HPP 3]

HPK3

Membina produk pengiklanan berdasarkan reka bentuk idea yang telah ditetapkan [P4][HPP 3]