SMP10033 APLIKASI PERISIAN GRAFIK

Kursus Aplikasi Perisian Grafik memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan asas perisian suntingan imej dan grafik vektor yang digunapakai secara meluas dalam bidang industri. Pelajar dapat mempelajari dan boleh menggabungkan perisian ini untuk mereka bentuk grafik di samping dapat membina kemahiran dan kreativiti bagi menghasilkan reka bentuk grafik yang mempunyai nilai komersil.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) / COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO 1: mengenalpasti jenis-jenis rekabentuk grafik dalam rekabentuk pengiklanan.

CLO 2: mempamerkan kebolehan menggunakan peralatan dan fungsian dalam perisian grafik.

CLO 3: menghasilkan rekabentuk grafik dengan gabungan grafik vektor dan grafik bitmap.