SOP20303 TOURISM AND HOSPITALITY MARKETING

Kursus Tourism and Hospitality Marketing direka bentuk bagi memberikan pendedahan mendalam kepada pelajar mengenai teori, konsep serta strategi yang digunakan dalam kaedah pemasaran produk pelancongan dan hospitaliti. Melalui pembelajaran interaktif dan kerja berkumpulan, pelajar dapat menguasai kemahiran dalam membina segmentasi pasaran yang berasaskan pemikiran keusahawanan, khusus untuk produk pelancongan dan hospitaliti. Di samping itu, pelajar dapat membincangkan perkembangan terkini dalam industri pelancongan dan hospitaliti bagi menghadapi cabaran industri yang dinamik.