Kursus Contemporary Barista Service direka bentuk bagi mendedahkan pelajar kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)bagi penyediaan minuman berasaskan kopi dan bukan kopi. Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada kerjaya seorangbarista yang kompeten, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Kursus ini bukan sahaja menitikberatkan aspek teorimalahan kemahiran praktikal juga diuji melalui kaedah pentaksiran amali. Pengetahuan dan kemahiran berkaitanContemporary Barista Service yang dipelajari meliputi pengenalan dan pengendalian peralatan. Selain itu, pelajar turut diterapkandengan asas kemahiran latte art dalam penghasilan minuman kopi. Pada akhir kursus ini, pelajar berjaya mempraktikkanelemen pemasaran keusahawanan dalam perkhidmatan barista.
- Teacher: KHAIROL HAKKEKY BIN HASHIM K
- Enrolled students: 24
