Kursus Digital Entrepreneurship for Service Industry direka bentuk bagi membangunkan kreativiti dalam menjalankanperniagaan digital. Kursus ini juga mendedahkan pelajar tentang cara menjalankan perniagaan menggunakan platformpemasaran dalam talian seperti pemasaran media sosial, laman web, pemasaran mudah alih dan pemasaran e-mel. Selain itu, iamemberi penekanan kepada pembangunan e-perniagaan melalui platform e-dagang untuk mencapai pasaran yang lebih luas.Melalui kefahaman terhadap asas keusahawanan digital, pelajar dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, merancangstrategi pemasaran secara digital dan mengurus operasi perniagaan dengan berkesan.
- Enrolled students: 3
