MPU13022 PENDIDIKAN MORAL

SINOPSIS :

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): 

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 

HPK1 : ( A1 , CLS 3d ) : menghuraikan konsep moral, nilai, etika dan integriti dalam konteks kehidupan 

 HPK2 : ( A2 , CLS 5 ) : membincangkan kepelbagaian kaum dan budaya serta isu-isu moral masyarakat di Malaysia 

HPK3 ( A2 , CLS 4 ) : membentangkan inisiatif yang signifikan dalam mendepani isu-isu moral masyarakat Malaysia