STS10013 LUKISAN GEOMETRI SENIBINA

Kursus LUKISAN GEOMETRI SENIBINA bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam lukisan geometri. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan, penghurufan dan bentuk-bentuk asas geometri dalam lukisan di samping mengetahui kaedah lukisan unjuran ortografik dan lukisan isometri. Pelajar juga akan ditunjukkan cara penggunaan peralatan lukisan dengan betul dan selamat.